Seorang pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya dalam satu pidatonya di Gaza menyatakan bahawa perjanjian gencatan senjata adalah satu bentuk kemenangan buat Palestin dalam peperangan menentang rejim kejam zionis, Israel.

Dia turut mendakwa bahawa Hamas masih mempunyai kekuatan untuk bersiap sedia jika berlaku perang dengan Israel setelah mereka gagal untuk menghancurkan kem Hamas sepenuhnya, lapor Associated Press.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hamas dan para pejuangnya yang lain di Gaza difahamkan masih berada dalam mode berjaga-jaga jika Israel melancarkan serangan lain pada bila-bila masa. Mereka juga memerintahkan Israel untuk menghentikan keganasan terhadap penduduk Palestin di Jerusalem.

“Memang benar bahawa pertempuran telah berakhir tetapi Netanyahu dan seluruh dunia harus tahu bahawa kita masih bersiap sedia dan kita akan terus meningkatkan kemampuan kita untuk melawan,” kata anggota Biro Politik Hamas, Ezzat El-Reshiq, seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

Ezzat mengatakan Hamas mengemukakan syarat agar kompleks Masjid Al-Aqsa di Jerusalem dilindungi dan Israel berhenti mengusir penduduk Palestin dari daerah Sheikh Jarrah di timur Jerusalem.

Perang antara Israel dan Palestin yang berlangsung selama 11 hari sejak 10 Mei telah meragut 232 nyawa penduduk di Gaza. Sebanyak 65 daripadanya adalah kanak-kanak.

Bagi para penduduk di Gaza pula, berita genjatan senjata ini sudah pasti disambut gembira oleh mereka. Kebanyakan daripadanya turun di jalanan dengan bersorak sambil melaungkan takbir setelah 11 hari berada dalam ketakutan.

Beberapa media antarabangsa menyatakan bahawa sambutan kemenangan atau genjatan senjata ini akan berlanjutan dengan lebih meriah setelah rakyat Gaza turun untuk solat Jumaat hari ini.

Untuk rekod, Israel, Hamas dan Jihad Islam sebelum ini telah sebulat suara bersetuju untuk menerima cadangan Mesir bagi melakukan gencatan senjata tanpa syarat.

Apa yang anda perlu tahu mengenai Unit 8200, agensi risikan siber Israel. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel

Lihat Bagaimana 30 Bomoh Di Indonesia Serang Israel Guna Sihir Dan Roket Ghaib

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary