Setiap kali musim tengkujuh tiba, kebiasaannya pulau-pulau peranginan di Terengganu terpaksa menghentikan operasi dan pakej tempahannya sementara sehingga Februari kerana laut bergelora dan hujan lebat.

Terbaharu, beberapa pengguna TikTok yang tinggal di Pulau Perhentian telah berkongsi situasi di pulau tersebut. Menerusi video-video itu, dapat dilihat laut bergelora dan kawasan pantai terhakis disebabkan ombak yang kuat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@rizalakim

kejadian di long beach pulau perhentian…hujan Dari semalam Tak berhenti..doa baik ii je sahabat#foryoupage #pulauperhentian @lucindathurston

♬ original sound – manjalara__ – manjalarra_

@snrhidayah_

masyaAllah😣😣 #longbeach #perhentianisland🏖 #fypシ #APlus1111Dance

♬ original sound – manjalara__ – manjalarra_

Selain daripada laut bergelora, dapat dilihat hujan lebat berterusan juga turun di kawasan Pulau Perhentian. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata menzahirkan kebimbangan kepada penduduk yang berada di Pulau Perhentian.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa terkejut melihat keadaan di sana dan juga berharap tidak berlaku banjir di sana.

Malah, rata-rata netizen turut mendoakan keselamatan para penduduk di Pulau Perhentian ketika musim tengkujuh ini. Para netizen juga berharap penduduk di Pulau Perhentian menjaga diri dan berharap tiada perkara buruk akan berlaku.

Disebabkan sekarang musim tengkujuh, ‘staycation’ adalah pilihan terbaik. Kami kongsikan beberapa penginapan menarik yang anda boleh terjah pada pautan di bawah ini.

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah

Kempen ‘Vaxxed To Go’ Agoda Tawar Pelbagai Kelebihan Buat Individu Lengkap Vaksinasi