Sebanyak 131 ekor ikan paus telah dikorbankan oleh penduduk Kepulauan Faroe dalam satu festival pemburuan ikan paus. Sejak itu, laut disekeliling pulau telah bertukar dengan warna darah dalam masa 24 jam.

Kumpulan pemuliharaan haiwan menyatakan bahawa ikan paus telah dibunuh dengan cara yang kejam dan mereka mengkritik ritual yang berlaku sejak 1,000 tahun lalu walaupun ia telah dilindungi di bawah Konvensyen Bern untuk hidupan liar.

Menulis di Instagram, “Orang Faro memakan daging ikan dolpin dan mempertahankan tradisi yang disebut ‘Grindadrap’, yang membolehkan nenek moyang mereka bertahan pada iklim hari ini, pasar raya mereka penuh dengan pelbagai jenis makanan namun perburuan tetap berlaku.

“Rata-rata, 800 cetacea terbunuh setiap tahun di Kepulauan Faroe atas nama ‘tradisi’ walaupun kurang dari 20 peratus penduduk pulau itu yang makan daging ikan paus dan bluber.”

Blue Planet Society mendakwa banyak lagi yang terbunuh sejak beberapa hari lalu dan mendesak agar pemerintah Faroe mengambil tanggungjawab untuk menghentikan tradisi tersebut.

Mereka juga telah melancarkan petisyen di Change.org, yang telah menarik hampir setengah juta tandatangan. Ia meminta para pemimpin Kepulauan Faroe dan Jepun menghentikan semua jenis perburuan ikan paus.

Difahamkan, sekitar 100,000 ikan paus berenang di laut berhampiran Kepulauan Faroe, sebuah kepulauan Atlantik Utara yang terletak di antara Norway dan Iceland. Walaupun semua pemburu mempunyai lesen memburu, tradisi ini dilihat sebagai sesuatu yang ‘bodoh’ dan kejam oleh aktivis pelindung haiwan.

China adakan festival melapah daging anjing, 5,000 ekor bakal dikorbankan dalam 10 hari. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Adakan Festival Melapah Daging Anjing, 5,000 Ekor Bakal Dikorbankan Dalam 10 Hari