Mula diperkenalkan pada minggu lalu oleh individu berpengaruh iaitu Datuk Seri Dr Hasmida Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV), Lavida Coin nampaknya tidak menunggu lama sebelum disenaraikan dibawah senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia.

Difahamkan kriptowang yang baru sahaja dilancarkan ini mengesahkan laman web Lavida Coin tidak diiktiraf atau diluluskan dibawah undang-undang Bank Negara Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lavida-Coin-1

Kaedah operasinya yang kurang jelas serta seakan skim MLM antara yang membuatkan Lavida Coin tampil sebagai kriptowang yang meragukan.

Buat anda yang mahu mendapatkan Lavida Coin sebagai kriptowang anda, mungkin anda perlu berhati-hati dan berwaspada sebelum mendapatkannya. Anda juga dinasihatkan untuk menyemak senarai syarikat melalui rangkaian yang disediakan oleh laman web rasmi BNM.

Sumber