Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap pemandu untuk mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya. Selain daripada elak disaman, pematuhan kepada undang-undang dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya kemalangan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi perkongsian daripada Twitter @isusemasaviral yang menyaksikan sebuah Perodua Kancil yang dengan selambanya memilih untuk melawan arus sekaligus hampir bertembung dengan kenderaan lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tidak hanya lawan arus, pemilik Perodua Kancil tersebut turut tampil keluar daripada kereta untuk ‘mengajar’ pemandu selaku perakam dalam video ini laluan yang perlu dilalui bagi membolehkan beliau melalui jalan tersebut.

Situasi yang berlaku turut mendapat perhatian netizen yang turut hairan dengan langkah yang dilakukan selepas memilih untuk melanggar arus. Tidak kurang juga yang mempersoalkan lesen pemilik Perodua Kancil ini.

https://twitter.com/Reyza79R/status/1610555603176554501

Sehubungan dengan itu, para pemandu lain diharap tidak sewenang-wenangnya memandu secara lawan arus bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau menyusahkan para pemandu yang lain.