Pelakon, Puteri Sarah masih tidak berpuas hati mengenai Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suaminya pelakon dan penerbit filem, Syamsul Yusof.

Perkongsian Puteri Sarah di Instagram menjadi perhatian orang ramai apabila memastikan bahawa dia tidak akan berdiam diri selagi individu yang bersalah tidak diambil tindakan yang selanjutnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Lawan tetap lawan,” kata Puteri.

Menurut Puteri Sarah di laman Instagram miliknya, kes ini tidak akan ditutup dan akan tetap masih berjalan meskipun mengambil masa yang lama.

“Takkan diam selagi yang bersalah tak ditangkap. Diam bukan bermakna kes ditutup. Kes masih berjalan, cuma ambil masa. Tak apa sikit lagi,” tulisnya.

“Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely. Court case memang ambil masa yang sangat lama. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi next year,” tegas Puteri Sarah lagi.

Puteri Sarah memaklumkan dia sudah mendapat tarikh untuk mahkamah sivil berbicara pada tahun hadapan. Walaupun agak lama menunggu, dia tidak akan menyerah kalah untuk kes ini.

Di dalam komen statement yang dimuat naik Puteri Sarah di Instagram, ramai peminat yang menyokongnya sampai mahu boikot filem-filem Malaysia yang diterbitkan oleh suaminya, Syamsul Yusuf.

Sementara itu, ada juga mengatakan isu ini boleh dibuat pengajaran untuk yang suka ‘sondol’ suami orang dan memberi nasihat supaya berhati-hati selepas isu yang berlaku.