Menteri termuda yang mendapat perhatian ramai, YB Syed Saddiq baru-baru ini sempat berkunjung ke negara jiran, Indonesia untuk meninjau persiapan Sukan Asia 2018 dikatakan berjaya menawan hati gadis-gadis negara jiran.

Hal ini dipastikan dengan jumlah bilangan pengikut YB Syed Saddiq yang menunjukkan pertambahan kira-kira 100,000 pengikut baharu dalam masa sehari beliau di sana. Selain daripada meninjau persiapan Sukan Asia, beliau ke sana untuk mneyelesaikan isu keselamatan pemain bola sepak bawah 19 tahun berikutan provokasi penonton tempatan beberapa hari lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau mula mendapat perhatian masyarakat Indonesia apabila presiden negara Garuda tersebut, Joko Widodo memuat naik gambar beliau bersama YB Syed Saddiq di laman Instagram beliau. Gambar tersebut menerima likes terbanyak daripada gambar-gambar lain yang dimuat naik oleh Joko Widodo.

YB Syed Saddiq juga sempat memuat naik video bersama presiden negara tersebut ketika mereka bersama-sama menaiki kereta dan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia dan juga Indonesia.

Lihat sahaja gelagat gadis-gadis ini apabila beliau mengucapkan selamat tinggal.