AirAsia pada minggu ini telah mengumumkan mereka telah bekerjasama bersama pengeluar internet ROKKI untuk menawarkan pengalaman melayari internet di udara khusus buat ahli Ahli AirAsia BIG.

Melalui penawaran yang dibuat, para pengguna berpeluang untuk melayari internet hanya dengan login akaun BIG Member sejurus selepas servis ini ditawarkan di atas kapal terbang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Lowyat

Servis ini yang ditawarkan ini dikhususkan buat mereka yang mahu melayari e-mail dan membaca mesej berbanding melayari media sosial memandangkan data yang ditawarkan sangat limited.

Berdasarkan servis yang ditawarkan internet percuma cuma ditawarkan buat ahli AirAsia BIG dengan quota sebanyak 2MB meliputi beberapa aplikasi permesejan terkemuka termasuk WhatsApp, WeChat dan LINE.

AA Big Free 2MB Promo

Setakat ini servis ini cuma ditawarkan dengan had kuota yang kecil. Mungkinkah selepas ini para pengguna berpeluang melayari internet dengan lancar dengan penawaran data tanpa had? Sama-sama kita nantikan.