Sebut sahaja Lazada pasti ramai yang cukup faham mengenai platform ini. Menawarkan pelbagai barangan serta promosi yang kerap dijalankan antara yang menjadi objektif utama Lazada. Tidak hanya menjadi pilihan para pembeli, Lazada turut berjaya menjadi platform terbaik buat para peniaga juga.

Dalam usaha untuk memantapkan lagi platform mereka sekaligus membantu para peniaga, Lazada pada hari ini secara rasminya telah bekerjasama bersama beberapa syarikat gergasi di Malaysia. TM, Maybank, SSM dan SME Corp antara bakal bekerjasama bagi menjayakan program yang dinamakan sebagai #EveryOneCanSell.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

#everyonecansell

Melihat kepada gabungan kelima-lima syarikat ini, kami berpendapat idea atau program #EveryOneCanSell ini seharusnya menjadi rebutan para peniaga berdasarkan apa yang ditawarkan. Pengguna berpeluang untuk mendapatkan latihan menjual produk di SME Corp, membuat pinjaman melalui Maybank serta memajukan bisnes daripada persendirian kepada Sdn Bhd melalui SSM.

Ketika ini, program ini sedang mencari sebanyak 50,000 peniaga yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada program #EveryOneCanSell. Buat anda yang berminat untuk menyertai, anda boleh layari ke laman web rasmi EveryOneCanSell atau klik disini.