Lazada kembali lagi dengan promosi terhad yang membuatkan orang ramai teruja. Pada kali ini, Lazada telah menawarkan konsol kesukaan ramai iaitu Sony PlayStation 4 dengan harga yang tidak masuk akal.

Melalui kempen Onederful Wallet anda berpeluang mendapatkan Sony PS4 dengan harga serendah RM0.50 sahaja. Murah bukan? Kempen Lazada Wallet ini sudahpun berlangsung dan bakal berakhir 2 Mac ini. Para pemenang Sony PS4 dengan harga tidak masuk akal ini bakal dimaklumkan pada seterusnya.

5b44d4908a632806d6304b2480d1a3b0
Sumber: Tech Radar

Setakat artikel ditulis, sudah lebih 6,000 penyertaan telah diterima dalam usaha untuk merebut konsol yang ditawarkan dengan harga 50 sen ini. Apa tunggu lagi? Buat anda yang ingin mencuba nasib mendapatkan Sony PS4 dengan harga rendah anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Lazada pada bulan lalu turut menawarkan Sony PlayStation dengan hargan serendah RM799 sahaja. Harga yang masih berbaloi dimiliki berdasarkan penawaran game sedia ada.

Sony PlayStation 4 Sedia Untuk Dimiliki Dengan Harga Serendah RM799 Sahaja

Sony Berdepan Masalah Untuk Jual PS5 Pada Harga Yang Mampu Milik