Setiap kali menjelang promosi melalui laman atas talian, pasti ada sahaja barangan yang ingin dibeli. Mana tidaknya, penawaran barangan dengan diskaun berganda pastinya membuatkan barangan yang sudah anda inginkan lebih berbaloi untuk dimiliki.

Dalam pada itu, di sebalik promosi yang dijalankan, para pembeli kadangkala seolah terlepas peluang mendapatkan barangan yang diinginkan seperti waktu yang dijanjikan berikutan kebanjiran produk yang dibeli dan sebagainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam usaha untuk memastikan pengalaman pembelian sentiasa lancar dan teratur, Lazada menerusi promosi Mid-Year Super Sale 7.7 ini telah meluaskan liputan jaminan penghantaran ke seluruh negara di bawah rangkaian LazMall.

Menerusi ‘Guaranteed Delivery’, para pengguna bakal menerima barangan yang dipesan melalui platform Lazada dalam tempoh kurang daripada 15 hari. Bukan itu sahaja, LazMall turut menjanjikan barangan yang dipesan adalah original dalam mengelakkan orang ramai tertipu.

Apa yang paling menarik sempena Mid-Year Super Sale 7.7 ini sudah pastinya RM1 Crazy Flash Sale dan Crazy Brand Mega Offer dimana pelbagai produk bakal ditawarkan dengan harga diskaun. Apa tunggu lagi? Siap sedia tambah nilai Lazada Wallet anda untuk menjadi terawal mendapatkan promosi yang mulai ditawarkan pada jam 12 tengah malam ini.

Menerusi promosi sebelum ini yang dijalankan Lazada, para pembeli berpeluang mendapatkan Huawei Mate 20 dengan harga serendah RM88 sahaja.

Huawei Mate 20 Ditawarkan Serendah RM88 Sempena Ulang Tahun Ke-8 Lazada

Lazada Mahu Anda Lapor Peniaga Yang Jual ‘Face Mask’ Harga Melampau