Sekiranya jualan 11.11 merupakan hari yang indah buat Alibaba, lain ceritanya dengan Lazada dimana syarikat ini berjaya mengutip jualan tertinggi sepanjang promosi 12.12 yang baru sahaja lalu.

Melalui jualan 12.12 tempoh hari, Lazada berjaya memperoleh jualan sebanyak $250 juta (~RM1.02 bilion). Jumlah yang berjaya diperoleh ini merupakan satu kali ganda lebih banyak berbanding jualan 11.11 mereka yang berjaya memperoleh $123 juta (~RM501 juta).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
CEO Lazada Malaysia, Hans Peter

Barangan-barangan yang berjaya mendapat sambutan hangat daripada para pengguna adalah pakaian serta yang terjual sebanyak 227,000 unit diikuti dengan 8,000 unit gincu serta 1,500 unit Apple iPhone.

Dari segi demografi pembeli, Kuala Lumpur merupakan tempat majoriti pembeli membuat tempahan melalui Lazada diikuti beberapa bandar lain seperti Kangar, Lundu, Tawau dan Kota Kinabalu.

Bagaimana pula dengan anda? Barangan apakah yang berjaya dibeli oleh anda sepanjang promosi Lazada tempoh hari?