Umum tahu, penyebaran wabak coronavirus membuatkan orang ramai seluruh dunia lebih berjaga-jaga serta mahu mengelakkan daripada diri dijangkiti sebarang virus yang tidak diingini. Situasi menjadi lebih getir apabila jumlah face mask seluruh dunia termasuk Malaysia dilaporkan masih tidak mencukupi untuk kegunaan ramai.

Dalam usaha untuk membantu orang ramai mendapatkan bekalan face mask dengan mudah, Lazada baru-baru ini telah melancarkan sebuah kempen Flash Sale setiap hari bermula 11 Februari jam 10 pagi. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, difahamkan Lazada bakal menawarkan facemask KF94 Airfit dengan harga RM4.50 setiap satu.

233093048
HYPE
Idamkan Rekaan Rumah Yang Memukau, Ini Sebab Utama Anda Perlu Terjah Ke REX Expo
Baca lagi →

Face Mask Flash Sale

Platform ini juga komited untuk memastikan peniaga lain mampu menawarkan face mask dengan harga yang sesuai buat para pengguna yang memerlukan. Para pengguna juga berpeluang dan diminta untuk melaporkan mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan menjual face mask dengan harga yang tinggi.

Selain itu, Lazada juga bakal mengehadkan penjualan face mask setiap hari bagi mengekalkan bekalan serta mengelakkan daripada pembeli yang mengambil kesempatan dengan mendapatkan dalam jumlah yang besar.

Untuk pengetahuan, peniaga yang gagal mengikuti peraturan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bakal dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketahui cara memakai face mask dengan mengikut standard yang diletakkan WHO.

Doktor Ini Jelaskan Cara Memakai ‘Face Mask’ Dengan Betul Mengikut Standard ‘WHO’

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Anda Mungkin Suka