Lazada Malaysia pada minggu ini telah memperkenalkan sebuah laman rasmi terbaru di laman web mereka iaitu LazMall. Laman ini bakal menggantikan laman ‘Official Store’ dalam usaha untuk menawarkan barangan yang original daripada pengeluar rasmi.

Apa yang menarik mengenai LazMall, laman ini menawarkan jaminan 15-hari sekiranya produk mengalami masalah serta barangan yang dijual semuanya tulen. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau untuk berbelanja di LazMall berbanding mendapatkan daripada pengeluar yang lain.

Berdasarkan Lazada Seller Center, LazMall berpeluang menawarkan pengeposan produk seawal sehari selepas tempahan dibuat. Berdasarkan carian kami, jenama-jenama yang sudah tersedia di LazMall termasuklah Apple, ASUS, Xiaomi serta Levi’s. Mungkin ini caranya untuk mengelakkan skeptikal orang ramai dalam mendapatkan barangan secara atas talian.