Bersempena dengan Malaysia yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, laman e-commerce Lazada hadir dengan inisiatif dalam menawarkan barangan runcit dan keperluan harian dengan penghantaran 24 jam hingga 48 jam.

Inisiatif yang dijalankan sememangnya untuk membantu para pengguna mendapatkan barangan dengan pantas di samping tidak perlu keluar dan bersesak bersama orang ramai dalam mendapatkan barangan keperluan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo6156964339442101516

Lebih menarik, Lazada pada kali ini sedia tawarkan berjuta-juta baucar penghantaran percuma buat para pembeli. Pada kali ini, para pembeli pastinya mempunyai lebih banyak pilihan barangan untuk didapatkan menerusi peningkatan peniaga runcit sebanyak dua kali ganda.

Melihatkan kepada promosi yang ditawarkan, tidak hairanlah Lazada berjaya menjadi platform buat ramai pengguna mendapatkan barangan runcit. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan baucar penghantaran percuma, Lazada sedia menawarkannya setiap hari pada jam bermula 12 tengah malam. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan barangan runcit daripada Lazada.

McDonald’s dilaporkan telah diserang seawal jam 10 pagi ini berikutan ‘Army’ yang mahu mendapatkan menu terbaru iaitu BTS Meal.

Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajuddin Jadi Perhatian Netizen