Bersempena dengan ulang tahun Lazada yang ke-7, Lazada akan mengadakan sebuah konsert ‘Super Party’ yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 26 Mac 2019 iaitu hari ini pada jam 8.30 malam. Meskipun konsert tersebut jauh diadakan di Jakarta namun anda masih boleh menikmatinya secara terus melalui aplikasi Lazada.

Pastinya anda akan teruja kerana konsert ini akan menampilkan barisan penyanyi yang terkenal seperti Dua Lipa, Agnez Mo, Hael Husaini, Ismail Izzani dan ramai lagi artis terkenal. Malah, konsert tersebut dapat memberikan keseronokkan kepada penggunanya ketika membeli-belah dalam aplikasi Lazada dan sesuai dengan fokus Lazada dalam mengetengahkan inisiatif ‘shoppertainment’ mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sambil anda menonton konsert tersebut, anda boleh bersiap sedia untuk check out barangan yang anda ingin beli kerana pelbagai tawaran istimewa yang diberikan Lazada bersempena ulang tahunnya. Anda pasti akan berasa seronok kerana dapat berhibur sambil membeli belah.

Baca lagiLazada Tampil Dengan Tawaran Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke-7