Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bersempena dengan ulang tahun Lazada ke-7, pelbagai tawaran menarik dan hadiah akan diberikan kepada anda pada 27 Mac 2019. Tawaran selama sehari ini pastinya tidak akan dilepaskan peluang oleh anda yang gemar membeli-belah di Lazada. Berita baik ini dihebahkan pihak Lazada semasa LazMall Brands Future Forum.

Bagi memberikan anda pengalaman membeli-belah yang menarik, Lazada tampil mengetengahkan inisiatif ‘shoppertainment’ ke satu peringkat yang lebih baik. Lazada juga tampil dengan LazGame dalam aplikasi dimana 3 games baharu iaitu Popping Ballons, Birthday Blast dan Fruit Flash yang akan memberikan anda peluang mengumpulkan cupcakes untuk ditukarkan kepada voucher pada 27 Mac nanti.

photo_2019-03-21_18-44-27

Menariknya, Lazada akan mengadakan sebuah konsert ‘Super Party’ yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 26 Mac 2019 jam 8.30 malam dan anda boleh menyaksikan konsert tersebut secara langsung di aplikasi Lazada. Pastinya anda akan teruja kerana konsert ini akan menampilkan Dua Lipa, Agnez Mo, Hael Husaini, Ismail Izzani dan ramai lagi artis terkenal.

Justeru itu, konsert tersebut dapat memberikan keseronokkan kepada penggunanya ketika membeli-belah dalam aplikasi Lazada dan sesuai dengan fokus Lazada dalam mengetengahkan inisiatif ‘shoppertainment’ mereka.

photo_2019-03-21_18-49-04

Selain itu,  jika anda menambah nilai Wallet Lazada anda dengan minimum RM30, anda berpeluang untuk menerima rebat bernilai RM30 dari sekarang hingga 27 Mac. Lebih menarik, diskaun sehingga 80% untuk direbut oleh anda selama 2 jam sahaja pada 27 Mac apabila berbelanja di LazMall dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi ke atas barangan kemas Habib atau anda boleh mendapat hadiah percuma daripada jenama terkenal seperti Estee Lauder dan Tefal.

photo_2019-03-21_18-41-20

Malah, pada acara LazMall BFF, Lazada telah menyampaikan 5 anugerah kepada jenama berprestasi tinggi yang cemerlang berinovasi untuk sentiasa memuaskan keperluan dan kehenda pelanggan. Merangkumi jenama global dan Asia Tenggara, pemenangnya ialah Unilever (Inovasi Pemasaran Terbaik), Pampers (Pengaktifan Media Sosial Terbaik), Coocaa (Jenama Tercepat Tercantum), Philips (Pelanggan Pilihan Anugerah) dan Wardah (Pelancaran Produk Terbaik).

Jika sebelum ini, sebanyak 2.7 tan Milo berjaya dibeli oleh pengguna Malaysia dalam jangka masa dua jam selepas dibuka jualan, apakah produk yang akan menjadi pilihan pengguna Malaysia pada tawaran istimewa kali ini.

Anda Mungkin Suka