Anda pasti pernah melihat video karya artis Wil Aime sebelum ini. Hampir setiap video-video beliau mendapat ribuan shares di Facebook. Karya paling epik beliau setakat ini adalah video ini. Video ini yang viral tahun lalu sudah dikongsi sebanyak 827 ribu kali setakat ini. Wil Aime memang seorang yang sangat berbakat.

Kini Wil Aime kembali dengan masterpiece terbaru. Video beliau kali ini mengisahkan tentang satu pembunuhan dan terdapat beberapa suspek dalam pembunuhan ini. Menarik tentang video ini adalah Wil Aime berlakon sebagai seorang peguam buta. Walaupun buta, beliau adalah seorang peguam yang sangat hebat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru dilancarkan semalam, video ini sudah pun dikongsi sebanyak 139 ribu kali di Facebook. Menariknya anda sendiri perlu meneka siapa sebenarnya pembunuh dalam video pendek ini. Walaupun mungkin agak sukar untuk menangkap subtitle bahasa Inggerisnya yang sedikit laju, tetapi anda masih boleh faham. Mungkin video ini sedikit seksi di bahagian hadapannya, tetapi jalan cerita filem pendek ini memang hebat. Tak terasa 13 minit anda berlalu.