Leagoo merupakan salah satu pengeluar telefon pintar dari negara China, yang mana mereka telah masuk kedalam pasaran Malaysia sejak akhir tahun lepas. Sejak dari itu, Leagoo telah mengeluarkan 6 telefon pintar dalam pasaran Malaysia. Terkini mereka hadir dengan tawaran terbaru iaitu Leagoo Lead 7 berkapasiti bateri yang besar.

Leagoo Lead 7 hadir dengan paparan skrin 5 inci, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, ruangan storan dalaman 8GB dan menggunakan sistem operasi Android 4.4.2.

Leagoo Lead 7 mampu bertahan sehingga 12 hari, masa memainkan video sehingga 9 jam, atau masa memainkan lagu sehingga 25 jam. Antara keupayaan yang menarik, Leagoo Lead 7 juga boleh digunakan sebagai powerbank untuk telefon pintar lain sekiranya rakan anda kehabisan bateri.

Harga seunit dijual pada harga RM 599 sahaja. Kunjungi Leagoo’s Facebook page dan Leagoo website untuk maklumat lanjut.

big_2088

big_2087

big_2083