Tidak lama lagi bulan puasa akan menemui umat Islam di seluruh dunia. Selepas bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri akan diraikan dan terdapat pelbagai hidangan yang menjadi pilihan ramai orang seperti ketupat, lemang dan rendang.

Percaya atau tidak jika kami katakan anda boleh buat sendiri lemang dengan mudah tanpa perlu membakar ia dengan lama? Apa kata ikuti perkongsian pengguna Facebook Mang Tuppy Fan Kuching cara buat lemang dengan mudah menggunakan Air Fryer. Jom!

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 1 kg beras pulut
2. Sekotak santan 200ml
3. 1 sudu teh garam
4. Beberapa tin minuman
5. Daun pisang

maxresdefault

Sumber: MaxMen

Cara-cara membuat lemang:

1. Basuh beras pulut bersih dan rendam selama 1 jam.

2. Kemudian, basuh dan rendam dengan air santan dan garam dalam 30 minit.

3. Daun pisang simpan dalam tin (apa-apa tin buangkan atas bahagian buka).

4. Isikan beras dalam tin dan letak sikit air sampai paras beras.

91570352_2389019658055258_5974276066804498432_n

5. Panaskan Air Fryer dalam 5 minit 180०C.

6. Masukkan dalam Air Fryer beras pulut yang sudah siap dimasukkan dalam tin.

7. Guna suhu 180०C untuk 30 minit.

8. Selepas siap jangan keluarkan dulu, biar dalam 30 minit dalam air fryer tersebut.

9. Kemudian bolehlah hidangkan lemang tersebut.

Lebih mudah untuk buat sendiri lemang di rumah kini jika ada Air Fryer. Hari Raya Aidilfitri nanti anda sudah tidak perlu beli lagi kerana boleh buat sendiri.

Buat anda yang tercari-cari resipi menarik untuk dicuba ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, apa kata klik pautan di bawah ini.

Resipi Mudah Dan Enak Ketupat Sotong Anda Wajib Cuba

Resipi Sup Tulang Daging Terbaik Dan Sedap Anda Patut Cuba

Ini Bahan ‘Rahsia’ Untuk Perapan Daging Lebih Lembut Dan Lazat

Raih 9.6K ‘Retweet’, Ini 7 Tip Barang Basah Kekal Segar Dan Tahan Lebih Lama

Anda Mungkin Suka