Mulai menular di China, wabak COVID-19 telah menjadi sebuah ancaman besar buat rakyat seluruh dunia. Wabak ini bukan sahaja mengancam kesihatan orang ramai namun turut memberi kesan kepada industri pekerjaan melibatkan pelbagai sektor.

Melalui laporan terbaru daripada The Sun Daily, dianggarkan lebih satu juta rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan sekiranya 10% daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak mampu menanggung kos operasi keadaan ekonomi yang lemah meskipun kes melibatkan wabak COVID-19 disahkan selesai.

1574993445738
Presiden PKS, Datuk Michael Kang

Menurut presiden PKS, Datuk Michael Kang, banyak syarikat atau pemilik bisnes yang tidak bersedia menghadapi situasi seperti ini sekaligus membuatkan pelbagai perniagaan dan perusahaan tidak dapat dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambahnya lagi, sekiranya pandemik ini tidak berakhir dalam tempoh terdekat, tidak mustahil 5-10% PKS terpaksa ditutup bagi menanggung kerugian dalam tempoh yang panjang.

Setakat ini difahamkan jumlah pekerja yang berkhidmat di bawah PKS adalah sekitar 10 juta orang dimana masalah wabak dan ekonomi ini sekaligus bakal meningkatkan jumlah pengangguran dalam negara dalam tempoh terdekat.

1140-lost-job-next-steps.imgcache.reve4885739f0190e3425c1e1566d8c69aa
Sumber: AARP

Kenyataan beliau turut disokong oleh seorang ahli ekonomi yang berpendapat Malaysia kemungkinan akan menghadapi kemelesetan ekonomi pada akhir tahun ini berikutan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Dilaporkan setakat ini sudah lebih 108,000 pekerja di Singapura telah kehilangan kerja atau terpaksa menanggung pengurangan gaji berikutan wabak COVID-19 yang melanda.

Jack Ma dilaporkan telah menyumbangkan sebanyak dua juta face mask ke Malaysia dan beberapa negara Asean lagi membantu mengurangkan wabak ini. Turut dikongsikan, foodpanda mengesahkan terdapat kes COVID-19 di kalangan kakitangan pejabat korporat mereka.

Jack Ma Sumbangkan 2 Juta ‘Face Mask’ Ke Malaysia Dan Tiga Lagi Negara Asean

foodpanda Sahkan Terdapat Kes COVID-19 Di Kalangan Kakitangan Pejabat Korporat

Sumber