Dalam Malaysia terdapat ratusan kelab kereta sama ada berdaftar atau tidak dan aktif secara terang-terangan atau hanya dikenali oleh sekelompok kecil sahaja. Penubuhan setiap kelab mempunyai misi dan visi tersendiri yang dikongsikan bersama di antara ahli-ahlinya.

Lamborghini Owners Malaysia (LOM) merupakan salah satu kelab kereta terawal yang tertubuh di Malaysia dengan ahlinya sebanyak sekitar 50 orang sahaja pada 2014. Bagaimanapun angkanya kian meningkat sehinggalah ke hari ini dengan jumlah penyertaan sudah mencapai kira-kira 150 ahli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun 2013 lalu, LOM berjaya mengumpulkan 77 buah supercar buatan Itali itu dalam satu acara di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Kehadiran kereta-kereta itu telah mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Records (MBR)  bagi bilangan Lamborghini terbanyak pada satu acara.

Baru-baru ini, Presiden LOM, Dato’ Roslan Rosdi menyatakan kelab tersebut sudah bersedia mahu mengatasi jumlah perhimpunan kereta lalu dengan kehadiran kira-kira lebih 100 buah Lamborghini pada bulan hadapan.

Sumber Gambar: Andy Soong

“Memandangkan kini kita semua boleh berkumpul dengan selamat, kami ingin meraikan kegembiraan dengan pemanduan santai dan akan cuba memecahkan rekod yang dicatat pada sembilan tahun lalu sebagai sebahagian daripada pemanduan ulang tahun ke-50 Lamborghini.

“Sebaik sahaja kami berjaya melepasi rekod MBR secara rasmi di tengah ibu kota Kuala Lumpur, kami akan bertolak ke Chateau, Bukit Tinggi di mana bakal berlangsungnya ‘Bulls Ball’, majlis makan malam gala khas untuk ahli LOM,” ujar beliau.

Sumber Gambar: Andy Soong

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LOM, Datuk Rakesh Sachdev menjelaskan, LOM akan memberi penghormatan kepada mereka yang kurang bernasib baik dengan sejumlah sumbangan kepada wakil empat badan amal.

“Agak mencabar untuk selaraskan masa setiap pemilik Lamborghini yang semuanya merupakan orang utama dalam industri masing-masing.

“Bagaimanapun ahli kami sangat gembira dapat berkumpul untuk tujuan yang baik nanti. Matlamat kami adalah untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM40,000 daripada ahli dan rakan kongsi kami,” jelas Datuk Rakesh Sachdev.

LOM akan berkumpul di lokasi sama yang pernah mencipta rekod terdahulu, di tempat letak kereta terbuka berhadapan Hotel Mandarin Oriental. Namun pada 11 Jun nanti, kira-kira 100 buah Lamborghini akan berada di sana pada perhimpunan kali ini.

Acara yang bakal berlangsung selama dua jam, bermula pada pukul 10.30 pagi itu dijangka akan menampilkan pelbagai jenis dan varian dari model vintaj Lamborghini seperti Countach dan Diablo sehinggalah model terkini Huracán EVO, Aventador SVJ dan Urus.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Selepas dihina oleh Enzo Ferrari, Ferruccio Lamborghini bangkit nekad mahu bersaing dengannya. Baca lebih lanjut bagaimana jenama pembuat traktor ini berubah menjadi pengeluar kereta mewah tersohor dunia.

Bagaimana Jenama Lamborghini Lahir Selepas Dihina Oleh Enzo Ferrari?

Keuntungan Lamborghini Meningkat Selepas Model Urus Laris Di China

Lamborghini Hasilkan ‘Face Mask’ Untuk Tangani COVID-19 Di Itali