Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan semalam telah merampas lebih 1,000 kasut dan baju Adidas tiruan. Pihak tersebut melakukan serbuan pada tengah hari semalam hasil maklumat dan risikan selama 3 hari.

Premis tersebut didapati menjual barangan lebih murah kira-kira RM50 daripada harga pasaran. Kasut di premis itu dijual pada harga RM89 sahaja manakala baju pula dijual pada harga sekitar RM199 sehingga RM259 sehelai. Ramai pembeli menganggap harga tersebut ditawarkan pada harga diskaun.

image
sumber: utusan online

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata semalam beberapa individu termasuk pemilik dan jurujual ditahan bagi tujuan siasatan. Kesemua individu kemudian dibebaskan selepas memberi kerjasama dalam sesi siasatan. Kes ini disiasat dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987.

Sumber