Model paling berjaya Perodua iaitu Myvi nampaknya meneruskan trend yang sama seperti model-model sebelumnya selepas model generasi ketiga ini sudahpun mencatat penjualan melebihi 100,000 unit sejak mula diperkenalkan pada November 2017.

Berdasarkan laporan, sebanyak 1,560 unit Perodua Myvi berjaya dijual setiap minggu. Maklum balas positif daripada para pengguna bagi model terbaru ini juga turut membantu Perodua menawarkan lebih banyak unit buat Rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: motortrader

Untuk pengetahuan Perodua Myvi berjaya menjadi model paling banyak dijual Perodua mengatasi Perodua Kancil pada tahun 2013 dengan jumlah penjulan keseluruhan sebanyak 1.1 juta unit.

Difahamkan setakat ini, Perodua sudahpun menjual sebanyak 3.5 juta kereta sejak mula diperkenalkan pada tahun 1994 sekaligus berjaya meletakkan Perodua sebagai penawar kereta terbanyak pilihan Rakyat Malaysia selama 13 tahun berturut-turut.

Sumber