Masih ramai orang di luar sana yang hidup susah, tidak memiliki sumber pendapatan yang tetap dan juga rumah berada dalam keadaan daif. Terbaharu, seorang warga emas, Rabiah Jusoh berusia 70 tahun tinggal di bangsal kecil yang usang di Kampung Pauh Seratus, Pantai Geting, Kelantan.

Difahamkan, bangsal yang Rabiah panggil rumah itu seperti kandang kambing kelihatan uzur dan hanya mempunyai ruang kecil dijadikan tempat untuk tidur, memasak dan solat.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Menurut Rabiah, kediamannya itu dibina dari kayu terbuang sejak 12 tahun lalu. Disebabkan rumahnya itu tidak dilengkapi dengan tandas, maka Rabiah terpaksa ke sungai berdekatan.

Walaupun Rabiah mempunyai tiga orang anak tetapi Rabiah tetap menolak untuk tinggal bersama mereka walaupun telah diajak banyak kali kerana tidak mahu menyusahkan anaknya. Ini kerana, anak-anaknya bukanlah orang senang dan hanya melakukan kerja kampung serta salah seorang anaknya terlantar sakit strok.

Demi kelangsungan hidup, Rabiah mengambil upah mengopek ikan bilis dan hanya mampu perolehi RM10 untuk satu plastik besar yang mengandungi 10 kilogram ikan bilis. Rabiah mengambil masa dua hari untuk mengopek satu plastik besar tersebut.

Jika kita rasakan diri kita susah, sebenarnya masih ramai lagi yang susah daripada kita di luar sana. Sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

Kecewa Dan Tertekan Diberhentikan Kerja, Bekas Pengurus Maut Selepas Rempuh Kilang

‘Pecah Guni Semua Keluar Pakaian Dalam’- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beli Bundle ‘Puaka’

Anda Mungkin Suka