Jepun atau dikenali juga sebagai negara ‘matahari terbit’ memiliki pelbagai jenis tarikan dan destinasi untuk menarik pelancong ke Jepun. Bagi anda yang sudah berkunjung ke Jepun, semestinya anda tahu akan kewujudan arcades permainan di sana.

Pastinya anda akan berasa sedih dengan perkhabaran ini kerana Tokyo Akihabara akan kehilangan satu daripada tarikan yang ada di situ. Difahamkan SEGA Arcades akan tutup operasi pada 30 Ogos 2020.

Penutupan itu dikhabarkan kerana tiada permintaan daripada orang ramai dan juga penularan wabak COVID-19 menyukarkan untuk pusat permainan tersebut meraih keuntungan.

Untuk pengetahuan anda, SEGA Arcade ini telah dibuka sejak 2003 dan menjadi pusat tumpuan pelancong terutama sekali backpackers. Dalam notis penutupan, pihak SEGA Arcade telah mengucapkan terima kasih kepada para peminat diatas sokongan yang diberikan.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak perniagaan yang terpaksa ditutup sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Kongsikan kenangan manis anda di sini.

Tahukah anda bahawa robot Gundam di Jepun telah siap dibina? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Robot Gundam Gergasi Dan Boleh Bergerak Yang Siap Dibina Ini Bakal Jadi Tumpuan Pelancong

Dua Lelaki Ini Tunjuk Bagaimana Naik ‘Roller Coaster’ Tanpa Menjerit Di Jepun

Toshimaen Ditutup Selepas 94 Tahun, Taman Tema Harry Potter Pula Dibuka Di Jepun Mulai 2023

Sumber