“Kita enjoy!”, itulah ungkapan popular dalam siri sitkom Puteri yang disiarkan pada tahun 2005. Pasti ramai masih ingat drama sitkom tersebut yang memaparkan kehidupan 3 orang kawan menyewa di rumah orang berada dan setiap episod ada sahaja ragam mereka mencuit hati.

Terbaharu, Nora Danish yang merupakan pelakon drama Puteri telah berkongsi bahawa drama Puteri Reunion sedang dalam pembikinan. Drama Puteri Reunion bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri Pertama selama 4 hari berturut-turut di TV3, jam 10 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat watak Puteri, Kamala dan Anita bersatu kembali dalam drama tersebut. Pastinya, peminat drama Puteri sudah tidak sabar untuk menyaksikan ketiga-tiga watak tersebut bersama dalam drama tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja dengan perkhabaran tersebut dan mengatakan pasti akan menonton drama itu apabila ditayangkan nanti.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga berkongsi bahawa inilah drama yang ditunggu-tunggu setiap minggu suatu ketika dahulu. Malah, para netizen juga tidak sabar untuk mengimbau kembali nostalgia zaman remaja semasa menonton sitkom drama ini nanti.

Untuk pengetahuan anda, Puteri Reunion ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Padi Pictures. Ia juga bakal menampilkan pelakon asal seperti Nora Danish, Kanchana Devi, Nina Fazurina dan Beego.

Tahukah anda bahawa Senario juga bakal kembali menemui anda? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Netizen Teruja Senario Bakal ‘Comeback’ Dengan Filem Terbaru Arahan Aziz M. Osman

Mangsa Ini Dedah Modus Operandi ‘Scam’ Kerja Sambilan Selepas Rugi Hampir RM16,000

Keadaan Parkir Bawah Ice Rink Di Sunway Pyramid Cetus Kebimbangan Netizen