Pada tahun ini, Kerajaan Malaysia dilaporkan telah menghantar 1,733 rakyat Malaysia dari komuniti lesbian, gay, bisesksual dan transgender (LGBT) ke kem pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lapor The Malaysia Insight.

Dalam jawapan bertulis kepada parlimen, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa program yang dikenali sebagai Mukhayyam merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk memulihkan ‘gaya hidup’ dan ‘orientasi seksual’ mereka yang berada di dalam kelompok LGBT.

“Kerajaan serius dengan isu yang melibatkan golongan LGBT di negara ini kerana Malaysia adalah negara yang menganut agama Islam.” kata Ismail Sabri menjawab pertanyaan yang diajukan oleh seorang anggota parlimen, Abdullah Sani Abdul Hamid, mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani masyarakat LGBT di Malaysia.

Ismail Sabri menjelaskan bahawa mereka yang dihantar ke kem diajar tentang agama, kesihatan, HIV dan AIDS oleh JAKIM, dan program ini adalah kerjasama dengan beberapa jabatan Islam negeri, Kementerian Kesihatan, majlis agama negeri dan pihak berkuasa zakat (sedekah).

“Mana-mana individu yang melanggar undang-undang harus menghadapi tindakan. Namun, pada masa yang sama, mereka harus dibimbing dan diberi perhatian agar mereka dapat kembali ke jalan yang benar.”

Tahun lalu, sambutan hari wanita yang sepatutnya diraikan untuk menghargai para wanita telah ‘dirampas’ oleh tunjuk perasaan mereka yang dari komuniti LGBT. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sambutan Hari Wanita Sedunia Jadi Medan LGBT ‘Tunjuk Perasaan’?

TERKINI: Qatar Benarkan Bendera Pelangi Dan LGBT Berkibar Di Stadium Piala Dunia 2022

Lagu Akhir Zaman Bunkface Dikecam Kerana Bantah LGBT