Rakyat Malaysia mencatatkan angka tertinggi sebagai migran terbesar di tanah Singapura pada 2019, memetik data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

The Straits Times (ST) melaporkan bahawa kumpulan ini termasuk penduduk tetap, pemegang pas pekerja dan tanggungan mereka, pelajar dan pemegang pasport.

Memetik data Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB menunjukkan bahawa peratusan warga asing di Singapura adalah tiga kali ganda lebih tinggi sejak tiga dekad yang lalu.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Ia meningkat daripada 24 peratus (727,000) penduduk pada tahun 1990 kepada 44 peratus (2.15 juta) pada tahun 2019.

Ini menjadikan peratusan migran di Singapura sahaja adalah 10 kali ganda lebih tinggi daripada purata global pada tahun 2019.

Selain Malaysia, China dan Indonesia juga berada di tempat tiga teratas bagi migran yang berpindah ke Singapura – India dan Pakistan melengkapkan senarai lima teratas.

Migran yang datang dari Malaysia dilihat jauh meninggalkan dua negara di tempat tiga teratas. China mencatatkan jumlah lebih 380,000 penduduk yang berada di Singapura, manakala Indonesia pula mencatat 130,000 – berbeza pada tahun 1990 apabila mereka hanya mencatatkan 21,000 orang sahaja.

Dari segi jantina pula, data dari PBB menunjukkan bahawa lebih 60 peratus adalah wanita dengan majoritinya berusia 20 hingga 64 tahun.

ST menambah bahawa angka ini berdasarkan daripada data awam dari Jabatan Perangkaan Singapura. Kerajaan Singapura tidak pernah menerbitkan angka mengenai asal-usul migran mengikut setiap negara.

Kuasa membeli Singapura telah menjadikan rakyat mereka antara yang terkaya di dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

226,000 Warga Singapura Terdiri Daripada Kumpulan 1% Terkaya Dunia

9 Bulan Kajian Dengan Kos RM5 Juta Bagi Mengkaji Jambatan Ketiga Malaysia – Singapura

Rakyat Malaysia Sanggup Lakukan Apa Sahaja Kerja Di Singapura, Tetapi Tidak Di Negara Sendiri