Sekurang-kurangnya 10 penumpang kereta api bawah tanah Brooklyn ditembak oleh seorang lelaki yang memakai topeng gas dan jaket keselamatan berwarna hijau yang melemparkan bom asap ke dalam kereta api untuk mengalih perhatian orang ramai ketika waktu puncak sebelum melepaskan tembakan.

Menurut laporan NBC New York, terdapat kira-kira 19 orang lagi tercedera dalam kejadian yang berlaku pada kereta api yang Manhattan di stesen 36th Street dan Fourth Avenue di Sunset Park sekitar 8:30 pagi. Pihak polis mempercayai suspek masih lagi bebas selepas insiden terbabit berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Satu sumber terdekat dengan penyiasatan memaklumkan bahawa pistol yang digunakan suspek mungkin ‘tersekat’, sekaligus dapat menghalangnya daripada melepaskan lagi tembakan. Senjata terbabit ditemui di tempat kejadian bersama-sama beg, bom asap dan bunga api.

Penemuan barang-barang itu menguatkan lagi teori bahawa serangan itu telah dirancang ke atas penumpang transit Bandar New York, kata sumber dan pegawai polis.

Penguatkuasa undang-undang percaya suspek telah menyewa sebuah van U-Haul dan memandunya ke New York dari Pennsylvania pada hari Isnin, berdasarkan data pembaca plat lesen dan maklumat lain.

Pasukan penyiasat memperoleh rakaman video dari jam 5 pagi Selasa berhampiran tempat van itu ditemui diletakkan menunjukkan seorang lelaki yang sepadan dengan keterangan penyerang kereta api bawah tanah itu muncul dari van yang sama.

Lima daripada mangsa tembakan dikatakan cedera parah, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan. Manakala pistol yang digunakan masih belum dikenal pasti lagi. Ada saksi berkata mereka terbau petrol pada keseluruhan kereta api itu dan sumber dari penguatkuasa undang-undang kemudian berkata sebotol semburan petrol ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya NYPD, Keechant Sewell memberi jaminan kepada warga New York dalam sidang akhbar bahawa tidak ada alat letupan yang ditemui pada mana-mana gerabak kereta api bawah tanah pada masa ini.

Pegawai penguatkuasa undang-undang dari Philadelphia telah bergegas ke Jersey City dan Newark bagi meningkatkan keselamatan di hab transit sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang lelaki berpakaian seperti ‘Joker’ telah membakar kereta api dan menikam penumpang kerana dia mahu dijatuhkan hukuman mati. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Tikam Orang Ramai Hingga 17 Penumpang Tercedera

Lima Orang Awam Mati Kena Panah Dalam Serangan Rambang Di Norway