Thailand merupakan antara destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana terdapat banyak tempat menarik untuk diterokai. Bagi anda yang sering berkunjung ke Thailand, pasti anda merindui makanannya yang sedap.

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda resipi Phad kra Phao yang sedap dan pasti akan membuatkan anda mengimbau memori anda di Thailand. Jom ikuti perkongsian resipi Azwa Muhammad ini.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →

95383246_2863222933912812_6552815987006111744_n

Bahan-bahan untuk 2 orang makan:

Ayam dicincang halus, 5 sudu besar sos ikan, 2 sudu besar kicap, 1 sudu kecil secukup rasa, 2 sudu besar gula dan daun selasih ikut suka.

Bahan tumbuk:

Sebiji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 8 cili api merah.

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi lalu kacaukan ia sehingga layu sedikit.

2) Kemudian, masukkan ayam cincang.

3) Selepas itu,  masukkan kicap, sos ikan, Secukup rasa, gula dan daun selasih.

de80c7863ef78732fa699bd514bedf43

Sumber: Pinterest

 

4) Kacaukan sampai ayam masak dan rasa sebati.

5) Akhir sekali hidangkan ia dengan nasi putih dan telur mata. Siap!

Tunggu apa lagi? Bolehlah anda buat untuk iftar pada hari ini. Cara nak buatnya memang senang.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak akan memudahkan anda untuk merancang menu iftar setiap hari. Untuk lebih banyak resipi menarik, apa kata klik sahaja pautan di bawah.

Resipi Creme Brulee Lemak Berkrim Yang Sedap Dan Mudah Dibuat Ini Raih 1.2K ‘Shares’

Lebih 6K ‘Shares’, Ini Resipi Wantan Mee Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Resipi Mudah Coklat Chip Ala Famous Amos Guna Air Fryer Dijamin Sedap Yang Raih 1K ‘Shares’

Anda Mungkin Suka