Baru-baru ini peminat CNBLUE dikejutkan dengan berita gembira apabila kumpulan pop rock terkenal itu bakal mengeluarkan album terbaharu mereka selepas sambung kontrak dengan FNC Entertainment.

Hari ini, kami ada satu lagi berita gembira untuk anda. Setelah lebih 3 tahun menyepi, CNBLUE bakal kembali pada 17 November 2020. Siapa yang tidak teruja dengan berita comeback kumpulan yang disayangi ini? Pastinya peminat K-pop yang lama terutama sekali BOICE adalah diantara yang paling gembira mendengarnya.

ddb9dac60114410c90bb08bfe6dc21dc
SUMBER: Soompi

Menurut sumber, berita gembira ini disahkan oleh sumber dari FNC Entertainment sendiri. Kemunculan semula pada kali ini adalah kemunculan pertama mereka sebagai trio yang merangkumi Jung Yong-hwa, Kang Min-hyuk dan Lee Jung-shin.

Bagi anda yang tidak tahu, CNBLUE pada asalnya mempunyai empat orang ahli tetapi seorang dari ahli kumpulan ini telah pun menarik diri dan meninggalkan kumpulan kerana skandal yang dihadapinya.

CNBLUE-2017-Between-Us-e1511077980633
SUMBER: Channel Korea

Kemunculan terakhir CNBLUE pula ialah pada Mac 2017 yang lepas. Mereka mengeluarkan album mini bertajuk “7°CN” berserta judul utama “Between Us” dan kemudiannya kesemua ahli kumpulan tersebut berehat bagi melengkapkan latihan khidmat ketenteraan mereka setelah mengeluarkan album Jepun pada bulan Oktober tahun yang sama.

Setelah bertahun lamanya, pasti anda teruja bukan? Pada November tahun ini juga, CNBLUE bakal membintangi rancangan realiti di tvN yang bertajuk “Don’t Call My Name – CNBLUE’s Secret Trip”.

Wah, nampaknya bulan November ini bulan yang paling mengembirakan para BOICE dan juga paling sibuk buat CNBLUE!

Sementara ada menantikan kemunculan semua trio kacak ini, mari baca berita menarik tentang selebriti Korea Selatan yang lain, khabarnya ada yang mempunyai aset hartanah mencecah RM298 juta! KLIK pautan di bawah untuk baca.

9 Selebriti Terkenal Korea Yang Miliki Aset Hartanah Bernilai Sehingga RM298 Juta

Kumpulan K-Pop Baru ‘aespa’ Bawa Konsep Berbeza Dengan Gabungan Ahli Virtual Dan Realiti

Siap Sedia VIP, G-Dragon Bakal Kembali Dengan Album Solo

Sumber