Berpuluh-puluh haiwan termasuk kera, monyet, kelawar dan burung dibakar hidup-hidup disebabkan kebakaran yang melanda pada minit pertama tahun 2020.

Kebakaran di Zoo Krefeld, barat laut Jerman itu disebabkan bunga api yang dipasang ketika meraikan tahun baharu, lapor polis yang bergegas ke tempat kejadian pada pukul 12.38 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beberapa saksi melaporkan bahawa mereka telah melihat sebuah tanglung dibakar berdekatan dengan kawasan zoo dan ia dikuatkan lagi apabila polis menjumpai tiga tanglung sejurus selepas kebakaran.

22878992-7842463-A_makeshift_shrine_was_set_up_at_the_entrance_outside_of_the_zoo-a-2_1577909531116
Daily Mail

Polis dilaporkan menjalankan siasatan di bawah ‘kecuaian menyebabkan kebakaran’ dan berharap dapat menyiasat dari mana tanglung itu hadir.

Zoo dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa keseluruhan rumah kera telah terbakar dan lebih 30 ekor haiwan, termasuk lima ekor orang utan, gorila berusia 48, cimpanzi, monyet, kelawar dan burung terbunuh dalam kejadian tersebut.

Hanya dua cimpanzi yang dapat diselamatkan dari api oleh anggota bomba. Mereka mengalami luka kebakaran tetapi berada dalam keadaan stabil, kata pengarah zoo Wolfgang Dressen.

WEMZIXKV6BGK5COLDYKTEB6RQA
Fox News

Persatuan perlindungan haiwan Jerman meminta agar penguatkuasa mengharamkan penggunaan api di sekitar kawasan zoo, ladang dan kandang.

Kebakaran maut itu adalah ‘bukti yang mengerikan mengenai kesan dramatik untuk haiwan’ daripada perayaan ‘tidak terkawal’, kata kumpulan itu.

Lihat bagaimana sambutan tahun baharu di Putrajaya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Kagum Dengan Keunikan Visual Sambutan Tahun Baharu Di Putrajaya

Ini 20 Perkara Yang Bakal Jadi Tumpuan Menjelang Tahun 2020

10 Ramalan Pelik Yang Akan Berlaku Menjelang Tahun 2020

Sumber