Sebut mengenai tayar daripada jenama Silverstone pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya menawarkan seleksi tayar pelbagai segmen buat para pengguna menerusi kilang tempatan antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan.

Siapa sangka, lebih 30 tahun kilang Silverstone beroperasi di Kamunting, Taiping, kilang ikonik ini diumumkan bakal ditutup seawal Jun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu penutupan kilang milik Silverstone Malaysia Bhd (SSM) yang merupakan anak syarikat Toyo Tire Corporation sememangnya tidak dapat dielakkan.

ezgif-1-b0afa6d03a7c
Sumber: Berita Harian

Sebagai rekod, Toyo Tire mencatat kerugian luar biasa pada tahun lalu dengan jumlah sebanyak 6.27 bilion yen (~RM239 juta) di mana sebahagian besarnya berpunca daripada impak COVID-19.

Selain itu, kemasukan tayar daripada segmen yang sama dari Thailand, Indonesia dan China antara yang turut memberi kesan besar kepada SSM. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Silverstone Berhad memaklumkan kebajikan pekerja akan terus dilindungi meskipun berdepan dengan keadaan ekonomi yang sukar.

Tular pada Disember lalu apabila kilang Sony di Perai bakal ditutup selepas 36 tahun beroperasi.

36 Tahun Beroperasi, Kilang Sony Di Perai Bakal Ditutup Melibatkan 3,400 Pekerja

Gara-Gara COVID-19, 128 Cawangan Jenama Coklat Mewah Godiva Bakal Ditutup

Sumber