Genap seminggu pemergian penyanyi kumpulan metal, Mael XPDC, rakyat Malaysia pada hari ini dikejutkan lagi dengan pemergian pelakon berbakat Malaysia, Ridzuan Hashim.
Perkara ini turut disahkan dan dikongsikan oleh bekas isteri beliau, Didie Alias di mana Ridzuan Hashim baru sahaja menghembus nafas terakhir sebentar sahaja tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Untuk pengetahuan, Ridzuan Hashim merupakan pelakon yang telah menghiasi industri hiburan negara selama lebih sedekad. Banyak terlibat dalam drama, telemovie serta filem KL Gangster 2 antara yang membuatkan beliau dikenali ramai.
Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Ridzuan Hashim dan didoakan semoga Allahyarham Ridzuan Hashim ditempatkan di kalangan orang beriman.