Kita dikejutkan dengan berita letupan ‘misteri’ di pusat bandar Beirut, Lubnan yang telah memusnahkan beberapa bangunan sekitar Beirut. Letupan tersebut bukan sahaja memusnahkan bangunan tetapi juga menyebabkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

Berikutan letupan tersebut, beberapa hospital turut musnah, lalu menyebabkan kesesakan luar biasa di hospital yang masih ada kerana perlu menampung mangsa letupan dan pesakit pandemik COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika ini, jumlah kes positif COVID-19 di Beirut meningkat kepada 5,000 orang dan menurut Menteri Kesihatan Lubnan tengah malam tadi, angka korban sebanyak 73 orang dan lebih 3,000 orang mengalami kecederaan.

Menurut Menteri Kesihatan Lubnan, sebuah kapal yang dipercayai membawa bunga api meletup di pelabuhan. Walau bagaimanapun, ukuran letupan yang didengar di seluruh negara tersebut menimbulkan kecurigaan di mana ia mungkin disebabkan oleh serangan roket atau peledakan bahan mudah terbakar. Perbuatan tersebut diklasifikasikan sebagai sengaja atau sebaliknya.

Keadaan bandar selepas letupan tercetus seperti ‘padang jarak’ dan pastinya ini berita yang menyedihkan kerana Lubnan perlu berdepan satu lagi bencana yang tidak disangka disaat masih lagi berdepan dengan wabak COVID-19.

Kemaskini: Letupan yang berlaku di Pelabuhan Beirut, Lubnan bukan disebabkan letupan mercun bunga api tetapi berpunca dari bahan letupan Ammonium Nitrate yang dirampas dari kapal lebih setahun lalu dan ditempatkan di salah sebuah gudang di pelabuhan.- Ketua Keselamatan Awam Lubnan

Tahukah anda bahawa sebelum ini depoh senjata di Rusia pernah meletup? Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Lihat Letupan Dahsyat Depoh Senjata Di Rusia Yang Memaksa Penduduk Setempat Berpindah

8 Video Ini Menunjukkan Betapa Serius Peristiwa Letupan Di Tianjin, China

5 Maut Dalam Insiden Kebakaran Dan Letupan Di Kompleks Bersepadu Pengerang