Diisytiharkan bankrap pastinya sesuatu yang mahu dielakkan oleh sesiapa sahaja. Kesusahan untuk bangkit semula serta gagal untuk mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank dalam jumlah yang besar sedikit sebanyak membuatkan kehidupan seseorang menjadi sukar.

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Liew Vui Keong mengumumkan sebanyak 300,908 Rakyat Malaysia dilaporkan bankrap setakat Ogos tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
KL15_240719_DEWANNEGARA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Liew Vui Keong. Sumber: The Star

Berdasarkan statistik, golongan umur yang paling banyak diisytihar bankrap terdiri daripada mereka berumur 35 sehingga 45 tahun yang merangkumi 35% diikuti dengan golongan umur anak muda 25 sehingga 34 tahun dengan 25.3%.

Kaum lelaki pula dilihat cenderung untuk bankrap berbanding wanita manakala daripada segi bangsa, majoriti yang bankrap terdiri daripada kaum Bumiputera dengan 56% diikuti dengan kaum Cina sebanyak 26%. Hal ini turut berkadar terus dengan jumlah penduduk Malaysia yang separuh besar daripadanya terdiri daripada kaum Bumiputera.

72434426_10215664415026812_2235311979696750592_n

Untuk pengetahuan, seseorang bakal diisytiharkan muflis sekiranya gagal melunaskan hutang melebihi RM50,000. Mereka yang terlibat juga tidak boleh ke luar negara serta hanya akan mendapat pelepasan selepas 3 tahun.

Sekiranya terdapat individu yang diisytiharkan bankrap, mereka dinasihatkan untuk berjumpa bersama pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) untuk perbincangan lanjut.

Pada minggu ini, dilaporkan sebanyak 200,000 graduan di Malaysia ketika ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Turut dikongsikan 75 juta pekerjaan bakal hilang menjelang 2022. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

200,000 Graduan Di Malaysia Tidak Mempunyai Pekerjaan Ketika Ini

75 Juta Pekerjaan Bakal Hilang Menjelang 2022

Pensyarah Label Pekerjaan ‘Runner’ Tidak Bermaruah Undang Kemarahan Netizen