Siapa ada rancangan nak berbuka puasa di Subway hari ini?

Semua orang tahu Subway adalah di antara restoran makanan segera yang terkenal di Malaysia selain daripada McD dan KFC. Hari ini saya nak cerita berkenaan kejayaan jenama ini serta pengasasnya yang telahpun meninggal dunia pada tahun 2015 akibat Leukimia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nama pengasas Subway ialah Fred DeLuca dari Brooklyn, New York dan beliau berasal daripada keturunan Amerika dan Itali. DeLuca mendapat modal awal berniaga sebanyak USD1000 pada tahun 1965 sewaktu berumur 17 tahun daripada seorang rakan keluarganya, Peter Buck (yang juga menjadi co-founder).

Buck telah mencadangkan DeLuca supaya membuka sebuah kedai sandwich untuk menanggung yuran pengajiannya di kolej (Universiti of Bridgeport). Mereka menamakan kedai itu sebagai ‘Pete’s Super Submarines’ sempena nama Peter Buck yang telah memberi modal dan seterusnya menjadi ‘Pete’s Subway’.

Mereka seterusnya menubuhkan Doctor’s Associate Inc bagi memantau perniagaan mereka yang mula berkembang. Sehingga tahun 1973 mereka berjaya membuka 16 cawangan di Connecticut dan pada tahun 1974 mereka memulakan konsep francais dan memperkenalkan logo Subway.

Mereka juga menukar nama daripada ‘Pete’s Subway’ kepada ‘Subway Sandwiches’. Pada tahun 1968 namanya dipendekkan kepada Subway yang digunakan hingga ke hari ini.

Pada tahun 1978, Subway telah membuka ‘outlet’ yang ke 100. Ia mencecah ke 1,000 pada 1987 dan pada tahun 1993 terus berkembang menjadi 1,100 ‘outlet’. Jika dibuat perbandingan, McDonald’s baru saja membuka 800 restoran pada tahun yang sama.

Pada bulan Jun 2013, jumlah Subway terus berkembang menjadi 39,500 francais di seluruh dunia serta menghasilkan jualan berjumlah USD9.05 billion setiap tahun. Pada tahun 2007, Forbes menamakan DeLuca sebagai individu yang ke 242 terkaya dalam kalangan 400 individu terkaya di Amerika dengan nilai kekayaan USD1.5 billion.

Pada hari ini, Subway masih lagi merupakan vendor francais rangkaian perniagaan makanan yang terkenal di dunia.

“Strategic partnership is based on a shared set of values” – Benigno Aquino III.

Baca lagi: Kerja Sepenuh Masa Sebagai Doktor, Lelaki Ini Pengasas Jenama Jam Tangan Eksklusif Tempatan