Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan memanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Negeri, untuk berbincang mengenai isu arah kiblat yang tersasar seperti dilaporkan Berita Harian semalam.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Nooh Gadut menyifatkan isu arah kiblat yang tepat mengikut syariat adalah perkara sensitif, kerana membabitkan hal ehwal agama Islam yang merangkumi semua negeri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Beri sedikit masa untuk kami (Jawatankuasa Muzakarah) berbincang dengan JAKIM dan majlis agama setiap negeri bagi memperincikan (isu kiblat tersasar), sekali gus menetapkan apa prosedur yang perlu dilakukan terhadap perkara berkenaan.

“Perkara ini tidak boleh diberi pandangan melalui satu pihak sahaja, peribadi mahupun mengikut negeri masing-masing, terutama dalam menentukan prosedur menetap atau mengukur semula arah kiblat yang disyariatkan di Malaysia,” katanya kepada Berita Harian.

Pandangan Nooh turut dipersetujui Penasihat Persatuan Falak Syari’ Malaysia, Datuk Dr Azhari Mohamed, yang menyifatkan isu arah kiblat tersasar adalah perkara yang serius dan sensitif kerana membabitkan kemaslahatan umat Islam dan penyempurnaan ibadah.

Justeru, katanya, pihak berkepentingan termasuk JAKIM dan Jabatan Mufti setiap negeri perlu duduk semeja mencari kaedah paling tepat memastikan setiap arah kiblat umat Islam di negara ini, tidak tersimpang, sehingga boleh mengakibatkan ibadat wajib seperti solat lima waktu terbatal.

Beliau juga mencadangkan JAKIM menubuhkan jawatankuasa bertindak yang turut disertai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi menyelesaikan isu itu.

“Selain solat, arah kiblat juga penting dalam menyempurnakan kedudukan jenazah di liang lahad, mendirikan masjid dan surau serta afdal ketika berdoa.

“Oleh itu, JAKIM perlu bekerjasama dengan Jabatan Mufti dan JUPEM dalam menyelesaikan isu ini,” katanya.

Terdahulu, Berita Harin melaporkan kira-kira 40 peratus kediaman umat Islam sekitar Lembah Klang mempunyai arah kiblat yang salah, disebabkan pelbagai faktor, termasuk kesilapan membaca kompas ketika membuat penentuan sendiri arah tempat solat.

Sumber