Sebut mengenai Holiday Inn Resort, kami yakin ramai yang mempunyai memori dan kenangan menginap di hotel yang sudah lama bertapak ini.

Siapa sangka impak COVID-19 masih terasa serta memberi kesan sehingga kini apabila Holiday Inn Resort yang terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang terpaksa ditutup pada 30 Jun ini selepas lebih 40 tahun beroperasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
holiday-inn-resort-penang-3470202595-16×5-1
Sumber: Holiday inn resort

Di sebalik orang ramai sudah mulai berjinak-jinak untuk menginap di hotel semula, ketiadaan pelancong dari negara luar antara yang memberi kesan besar kepada industri hotel di Pulau Pinang.

Di sebalik penutupan Holiday Inn Resort yang dikendalikan oleh Harilela Group, syarikat ini dilaporkan baru sahaja mendapatkan sebuah hartanah di Hong Kong.

bWFpbi9yb29tL2ZlcnJpbmdoaS10b3dlci1mYW1pbHktc3R1ZGlvLShtYWluKS5qcGc
Sumber: Holiday inn resort
2-Ferringhi-Tower-Seaview-1-King-Bed-Room
Sumber: Harilela group

Untuk pengetahuan, sebelum ini beberapa hotel lain di Pulau Pinang terpaksa mengumumkan penutupan selepas tidak lagi mampu beroperasi seperti Jazz Hotel dan Penaga Hotel.

Tidak hanya di Pulau Pinang, hotel Four Points by Sheraton di Sandakan juga turut menerima kesannya apabila terpaksa ditutup setelah 7 tahun beroperasi.

Lebih 7 Tahun Beroperasi, Hotel Four Points by Sheraton Di Sandakan Telah Ditutup Secara Rasmi

Tempahan Hotel Hampir Penuh, Tempat Tarikan Pelancong Bakal Sesak Diserbu Rakyat Malaysia

Sumber