Hampir tujuh tahun di pasaran, nampaknya orang ramai sudah tidak sabar lagi menantikan generasi terbaru konsol daripada Sony iaitu Sony PlayStation 5 yang dijangka bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.

Bersempena dengan pelancaran model terbaru PlayStation iaitu PS5, model ini dijangka hadir dengan spesifikasi yang memukau dengan penawaran ruang storan sebesar 2TB beserta sokongan resolusi sehingga 8K dalam menjanjikan pengalaman bermain yang epik buat para gamer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
dims (5)
Sumber: cnet1

Apa yang lebih membuatkan orang ramai teruja dengan Sony PlayStation 5 adalah buat pertama kalinya konsol daripada Sony ini bakal menyokong cross-generational play dimana para pengguna berpeluang memainkan sejumlah besar game daripada konsol PS4 serta konsol-konsol PlayStation terdahulu.

Berdasarkan ura-ura, dilaporkan sebanyak 4,000 game PS4 bakal disokong buat konsol PS5. Menariknya, menerusi kuasa pemprosesan yang mantap pada Sony PS5, seleksi game ini bakal turut hadir dengan grafik yang lebih baik buat para pengguna.

sony-ps5-1500-shutterstock
Sumber: ccn

Mengulas dari segi penawaran game, Sony dikatakan sedia memperkenalkan servis PlayStation Now dalam membolehkan para pengguna bermain game daripada konsol-konsol terdahulu. Servis yang bakal ditawarkan dengan harga sekitar $9.99 (RM42.72) ini dilaporkarkan bakal tersedia secara penstriman dimana para pengguna mungkin memerlukan internet yang stabil untuk menjayakannya.

Bukan itu sahaja, para pengguna juga masih berpeluang menggunakan DualShock 4 pada konsol PS5 sekaligus membuatkan mendapatkan Sony PS5 sebagai pilihan yang berbaloi khususnya buat para gamer serta peminat PlayStation.

Menerusi kenyataan terbaru daripada CEO Sony, PS5 dilaporkan bakal ditawarkan harga yang lebih tinggi. Ketahui lebih lanjut mengenai anggaran harga Sony PS5 dengan klik pautan di bawah.

CEO Sony Sahkan PS5 Tidak Akan Ditawarkan Dengan Harga Yang Murah

Sony Sahkan PS5 100 Kali Lebih Pantas Berbanding PS4

Sumber