Sekiranya anda peminat tegar kasut jenama Converse, ini adalah kedai kasut yang anda perlu singgah atau terjah sekiranya berada di Jepun.

Butik Kakimoto Shoten terletak di Motomachi, Kobe dan Shu Shunyo merupakan pemilik kedai kasut ini dan mempunyai pengalaman 50 tahun menjual kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Shu membuka kedai kasut ini sejak beliau berusia 29 tahun dan langsung tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Pada mulanya beliau menjual pelbagai jenama kasut terkemuka dari seluruh dunia tetapi selepas 10 tahun, beliau nekad untuk memilih satu jenama sahaja untuk dijual dan jenama itu adalah Converse.

Mengapa Shu membuat keputusan untuk menjual satu jenis jenama sahaja? Kerana beliau mahu pelanggan yang datang ke kedainya mempunyai pelbagai pilihan dari segi rekaan dan warna. Setiap kasut yang ada di kedainya juga disusun mengikut warna bagi memudahkan pelanggan.

https://www.instagram.com/p/BtNruZchPIx/

https://www.instagram.com/p/BX1kywcBxNN/

Menurut Shu, beliau masih menyimpan model yang berusia lebih 40 tahun dan turut membawa masuk model terkini untuk setiap pelanggannya. Paling menarik walaupun beliau boleh dikatakan seorang otai Converse, namun beliau langsung tidak pernah menyarung walau sekali mana-mana model kasut Converse.

“Semuanya untuk customer saya. Saya sebagai salesman tidak pakai produk ini. Saya gembira dengan cara begini. Bila pelanggan datang ke kedai saya dan mereka menyukai sesuatu model, saya akan jualkan kepada mereka,” kata Shu.

Beliau lebih selesa menyarung kasut kulit hitam sahaja untuk ke kedai. Untuk melihat video penuh temu bual ini, anda boleh menontontnya di sini. Jika anda berada di Kobe, pastikan untuk singgah ke kedai kasut Converse yang rare ini. Mana tahu ada model khas yang anda cari selama ini d sini.

https://twitter.com/Brought_to_You/status/1229315125359845376

Ini beberapa lagi artikel tentang Jepun yang membuatkan negara ini unik dan lain daripada yang lain. Klik pada pautan untuk membacanya.

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

‘Vending Machine’ Halal Pertama Di Jepun Turut Jual Produk Brahim’s

Ini 2 Cara Yang Anda Boleh Cuba Jika Mahu Bekerja Di Jepun Secara Sah