Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menggesa agar ahli jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid  Jamek Sri Petaling bulan lalu tampil untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Ini berikutan lebih daripada 500 individu yang menghadiri perhimpunan itu sudah pun disahkan positif COVID-19 sehingga hari ini, 19 Mac 2020.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

“Sehingga 12 tengah malam 19 Mac 2020, 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir majlis perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling telah diperiksa.

“4,986 sampel diambil dan 513 positif. Seorang jemaah tabligh berumur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.

Bersama kiriman itu, beliau turut memuat-naik infografik yang memaparkan taburan kes yang berpunca daripada perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling yang berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

#COVID-19 : Sehingga 12 tengah malam 19 Mac 2020, 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir majlis perhimpunan di Masjid…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Wednesday, 18 March 2020

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media tengah hari ini menjelaskan masih ada sehingga 4,000 jemaah tabligh terlibat yang belum tampil membuat pemeriksaan kesihatan.

Malah dia juga menyedari kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kumpulan peserta perhimpunan tersebut dan pada masa sama menggesa agar mereka ini tampil ke hadapan bagi memudahkan urusan semua pihak.

Semua pihak kini sedang berusaha untuk memastikan penyebaran wabak COVID-19 dapat dikurangkan terutama dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada semalam juga mengadakan satu sidang media khas meminta dan merayu agar rakyat Malaysia kekal berada di rumah buat masa ini.

Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami sebelum ini mengenai pengumuman khas itu.

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin

25,000 Orang Berkumpul Di Bangladesh, ‘Doa’ Supaya Dunia Selamat Daripada COVID-19

Anda Mungkin Suka