Konsert 16 Baris yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh peminat muzik hip hop tanah air. Jenama 16 Baris sebelum ini dikenali sebagai program mingguan menerusi saluran YouTube yang diciptakan oleh penyanyi rap dan hip hop popular, Joe Flizzow bersama Rocketfuel Entertainment.

Hampir 40 artis dalam dan luar negara memeriahkan konsert 16 Baris dan artis-artis ini hampir semuanya pernah beraksi dalam siri 16 Baris di YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Konsert percuma pertama 16 Baris pada 14 April yang lalu mensasarkan 500 penonton mendapat sambutan yang sangat baik apabila lebih 3,000 peminat hadir untuk memberi sokongan.

Konsert 16 Baris ini adalah konsert kedua dalam skala lebih besar yang berlangsung di Stadium Tennis Jalan Duta memberi ruang yang lebih selesa untuk peminat menonton artis kegemaran mereka beraksi.

Lagu epik ‘Havoc’ nyanyian Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone dijadikan lagu penutup konsert 16 Baris. Sebagai satu pencapaian, kerjasama Tune Talk bersama 16 Baris akan merangkumi musim kedua siri ini di YouTube. Sudah tidak sabar untuk siri kedua.