Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

“Bayar mahal tetapi banyak siaran ulangan”. Luahan ini sudah biasa kita dengar di media sosial di mana pelanggan merasakan tidak berbaloi apa yang mereka bayar setiap bulan dengan apa yang mereka dapat.

Artikel Berkaitan:

Ditambah lagi dengan lambakan aplikasi streaming yang hebat dan mempunyai kandungan yang indah belaka, rasa macam nak langgan semua tetapi bajet bulanan pula tidak mengizinkan.

Sebenarnya anda perlu tahu terdapat satu pakej langganan yang sangat berbaloi untuk anda langgan setiap bulan. Bukan sahaja anda terima lebih 70 saluran premium tetapi anda juga turut boleh layari 8 aplikasi streaming terkemuka dunia pada harga serendah RM49.90 sahaja sebulan!

Ya benar, lebih nilai dan hari anda akan lebih rancak apabila anda langgan unifi TV Ultimate Pack Promo hari ini.

Apa yang saya dapat dengan langganan unifi TV Ultimate Pack Promo setiap bulan?

Antara saluran yang ditawarkan di unifi TV

Apa yang akan dapat pastinya kepuasan dengan pelbagai rangkaian saluran premium yang anda boleh pilih dan tonton antaranya Warner TV, AXN, Celestial Movies, tvN, K-Plus, Nickelodeon dan banyak lagi selain saluran TV tempatan seperti DEGUP, SIAR, TV1, TV2, TV3 TV Alhjirah.

Apa yang anda mahu, pasti ada di unifi TV. Setiap saluran yang ada menawarkan rancangan atau program dari pelbagai genre dan peringkat umur, sesuai untuk seisi keluarga. Untuk anda yang tak sempat menonton filem terkini di pawagam, servis pay-per-view juga turut ditawarkan jika anda berminat hanya dari RM10/filem.

Tunggu, ada lagi. 8 aplikasi streaming yang anda dapat bersama dalam pakej langganan ini ialah unifi PlayTV, Disney+ Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW, BBC Player, Lionsgate Play, Viu dan iQIYI. Banyak bukan?

Banyak sebenarnya yang anda sudah jimat kerana sekiranya anda melanggan aplikasi streaming ini secara berasingan, anda perlu bayar RM54.90 untuk langganan Disney+ Hotstar (untuk 3 bulan), iQIYI pula RM11.90 sebulan dan VIU RM12.90 sebulan. Tetapi dengan hanya dari RM49.90 sebulan dengan unifi TV, semua ini sudah dikira sekali dalam langganan anda!

Saluran baharu bermula September

Tidak cukup dengan saluran sedia ada, unifi TV turut menambah dua saluran dan aplikasi penstriman baharu khas untuk anda iaitu SIAR dan MangoTV.

Peminat filem retro tanah air pastinya kenal dengan SIAR ini yang sebelum ini berkongsi petikan klip filem Melayu lama di media sosial. Kini mereka melangkah selangkah ke hadapan dengan menjadi penyiar untuk filem-filem lama tempatan terutamanya filem yang dibintangi legenda seni tanah air, P. Ramlee.

MangoTV pula merupakan saluran yang menyiarkan rancangan seperti program realiti, siri TV dan filem berkualiti tinggi berbahasa Cina. Macam-macam ada di MangoTV!

unifi Plus Box yang mudah digunakan dan terbaik untuk anda

Untuk setiap pelanggan unifi TV, anda akan dibekalkan unifi Plus Box ini untuk anda anda mengakses kesemua 70 saluran premium dan aplikasi streaming yang ditawarkan.

Yang pasti, Unifi Plus Box ini kualitinya telah dipertingkatkan dan merupakan Android TV Box 4K terbaik yang ada di pasaran dan ehem, sah di sisi undang-undang di Malaysia!

Cuba untuk 30 hari terlebih dahulu!

Tidak seperti langganan yang lain, unifi TV boleh mencuba dahulu unifi Plus Box dan Ultimate pack ini selama 30 hari secara percuma! Jika anda suka, anda teruskan melanggan dan jika tidak kena dengan adan, anda boleh tamatkannya tanpa sebarang penalti semasa tempoh percubaan.

Mengapa bayar lebih jika ada langganan yang jauh lebih berbaloi? Lebih-lebih lagi tiada lambakan siaran ulangan dan ribuan katalog siri TV dan filem yang anda boleh pilih menerusi unifi TV Ultimate Pack.

Dengan harga serendah RM49.90 sebulan, kami yakin langganan ini pastinya tidak membebankan para pelanggan. Sekiranya anda berminat untuk mencuba unifi TV, klik link ini untuk maklumat lanjut atau melihat pakej lain yang ada. Katakan yes untuk unifi TV!