Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada anda semua. Pastinya takkala Raya menjelang, anda akan menyediakan nasi impit, rendang dan sebagainya, bukan?
Apa kata anda buat chicken perattal ketika Hari Raya Aidilfitri untuk makan bersama keluarga. Bukan sahaja boleh makan bersama nasi impit, ketupat dan lemang, makan bersama roti canai dan roti puri pun sedap.
Ikuti perkongsian resipi pengguna Facebook Sheena Supramaniam ini dan cuba buat menu ini di rumah. Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan yang diperlukan:
Ayam dipotong kecil, sebiji tomato, daun kari sikit, daun ketumbar,5 biji bawang merah kecil, 5 ulas bawang putih, 2 halia saiz ibu jari, kayu manis, 5 buah pelaga, 2 bunga lawang, 1/2 sudu kecil jintan manis, 2 1/2 sudu besar serbuk cili, dan 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging.
Cara-cara membuatnya:
1. Kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan halia, lalu dibiarkan dahulu.
2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.
3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
4. Masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
5. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan kunyit, kacau sebati.
6. Masukkan tomato diikuti dengan serbuk cili dan serbuk kari.
7. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana dan kaca sekali sekala dalam 20 minit.
8. Masukkan daun ketumbar, kacau sebati dan masak untuk 5 minit lagi. Siap.
Mudah sahaja untuk buat chicken perattal ini. Hari Raya Aidilfitri kali ini bolehlah anda buat menu berbeza untuk menjamu keluarga anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik untuk anda cuba pada pautan di bawah ini. Selamat mencuba!
Raih 4.9K ‘Shares’, Ini Resipi Jjajangmyeon Yang Sedap Untuk Dicuba Penggemar Makanan Korea
Ini Resipi Mudah Lotus Cheese Cake Dijamin Sedap Tanpa Perlu Dibakar Yang Kini Jadi Kegilaan Netizen
Tidak Perlu Ke Korea, Ini Resipi Bibimbap Yang Sedap Dan Sihat Sesuai Untuk Anda Yang Berdiet