Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada anda semua. Pastinya takkala Raya menjelang, anda akan menyediakan nasi impit, rendang dan sebagainya, bukan?

Apa kata anda buat chicken perattal ketika Hari Raya Aidilfitri untuk makan bersama keluarga. Bukan sahaja boleh makan bersama nasi impit, ketupat dan lemang, makan bersama roti canai dan roti puri pun sedap.

Ikuti perkongsian resipi pengguna Facebook Sheena Supramaniam ini dan cuba buat menu ini di rumah. Ayuh kita mulakan!

98334959_1869539539842943_5809859234040381440_n

Bahan-bahan yang diperlukan:

Ayam dipotong kecil, sebiji tomato, daun kari sikit, daun ketumbar,5 biji bawang merah kecil, 5 ulas bawang putih, 2 halia saiz ibu jari, kayu manis, 5 buah pelaga, 2 bunga lawang, 1/2 sudu kecil jintan manis, 2 1/2 sudu besar serbuk cili, dan 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging.

Cara-cara membuatnya:

1. Kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan halia, lalu dibiarkan dahulu.

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.

3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

99116932_1869539566509607_1140009398395994112_n

98180808_1869539669842930_2790729904805642240_n

99138959_1869539949842902_1669564349003333632_n-2

4. Masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.

5. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan kunyit, kacau sebati.

6. Masukkan tomato diikuti dengan serbuk cili dan serbuk kari.

98170671_1869539979842899_5194722223927066624_n

97989230_1869540129842884_5309651700477329408_n

98205729_1869540159842881_4825047529697574912_n

7. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana dan kaca sekali sekala dalam 20 minit.

8. Masukkan daun ketumbar, kacau sebati dan masak untuk 5 minit lagi. Siap.

99348133_1869540233176207_3190823086433763328_n

98334959_1869539539842943_5809859234040381440_n-2

Mudah sahaja untuk buat chicken perattal ini. Hari Raya Aidilfitri kali ini bolehlah anda buat menu berbeza untuk menjamu keluarga anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik untuk anda cuba pada pautan di bawah ini. Selamat mencuba!

Raih 4.9K ‘Shares’, Ini Resipi Jjajangmyeon Yang Sedap Untuk Dicuba Penggemar Makanan Korea

Ini Resipi Mudah Lotus Cheese Cake Dijamin Sedap Tanpa Perlu Dibakar Yang Kini Jadi Kegilaan Netizen

Tidak Perlu Ke Korea, Ini Resipi Bibimbap Yang Sedap Dan Sihat Sesuai Untuk Anda Yang Berdiet