Anda sudah pening kepala untuk hidangan pada hari esok? Jangan risau, kami ada penyelesaiannya dan kami ingin tanya siapa di sini penggemar mee champa?

Mesti ada daripada anda yang sudah terbayang keenakan mee champa dimakan panas-panas. Apa kata ikuti resipi pengguna Facebook Tahrunnisah Jali yang pastinya mudah dan sedap. Ayuh kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

 

Bahan-bahan membuat kuah:

1 1/2  hingga 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth, 3 liter air, 4 biji bawang holand dipotong 4, 3 biji bawang besar dipotong 4, 2 inci lengkuas dipotong nipis, seekor sotong kering sebesar tapak tangan, daun ketumbar seikat daun bawang, 2 batang kulit kayu manis, 4 biji bunga lawang, 1/2 cawan sos ikan, gula, garam, perasa jika suka, serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam dan 3 kiub stok perisa daging.

Cara- cara untuk membuatnya:

1. Merebus tulang dan daging lembu ini memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Caranya didihkan air rebusan dulu, masukkan daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.

2. Kemudian, masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh, buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi sehingga daging empuk.

3.  Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 atau 6 jam.

36616409_10212211143381181_4622508382530568192_n

36460789_10212205123310683_1311971131489517568_n

4. Sementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih.

5. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi.

6. Selepas itu, masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam atau lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.

7. Lalu rebuslah dengan api perlahan.

36514974_10212205125350734_1136583079645675520_n

Bahan-bahan membuat sambal lada:

4 biji lada merah (besar), 20 hingga 30 biji cili api, 2 ulas bawang putih, 2 sudu besar cuka dan sedikit garam.

Cara-cara membuat sambal lada:

1. Rebus sehingga layu laada merah, cili api dan bawang putih.

2. Kemudian, toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam.

36548930_10212205123790695_4727226217852305408_n

Bahan-bahan membuat minyak bawang putih:

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus dan secawan minyak jagung.

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan.

Bahan tambahan untuk hidangan:

36511233_10212205122870672_9156535538205851648_n

kuey teow, mihun, mee champa, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, limau nipis, hirisan daging, minyak bawang putih, lobak asin yang dipotong halus
sambal lada, tauge, kicap, serbuk lada sulah/lada hitam, gula (tambahan jika suka manis) dan sos ikan jika perlu.

Mudah sahaja rupanya nak buat mee champa yang pedas pasti terangkat ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Cubalah anda buat di rumah. Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik pada pautan di bawah ini untuk anda cuba.

Lebih 7K ‘Shares’, Ini Resipi Chicken Perattal Yang Sedap Dan Ringkas Untuk Anda Cuba Di Rumah

Resipi Ringkas Rendang Kerang, Juadah Istimewa Untuk Aidilfitri Dijamin Sedap

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’