Tahun 2020 bukanlah satu permulaan yang baik berikutan penularan wabak coronavirus di China dan kes wabak tersebut juga sudah ke beberapa negara. Setiap hari kes positif wabak ini dan kes yang mengakibatkan kematian makin meningkat.

Pastinya penularan wabak ini akan mempengaruhi ekonomi negara kita khususnya tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia. Nampaknya dasar dan perancangan yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menarik ramai pelancong dari China kini harus ditukar hala tuju.

Apabila sekatan perjalanan terhadap pelancong China pada 27 Januari 2020 yang lalu telah dikuatkuasakan, pastinya ia sedikit sebanyak mempengaruhi industri pelancongan di Malaysia.

unnamed
Gambar hiasan. Sumber: Global Assist

Industri pelancongan tidak hanya tertumpu kepada tempat-tempat tumpuan umum tetapi juga akan mempengaruhi pembekal perkhidmatan seperti hotel, restoran, kedai cenderamata dan sebagainya.

Nampak remeh tetapi itulah realitinya kerana jika tiada pelancong, industri pelancongan akan dalam bahaya dimana ramai pembekal perkhidmatan akan kekurangan sumber pendapatan.

e5e8
Gambar hiasan. Sumber: Says

Terbaharu, hotel-hotel di Malaysia dikhabarkan sebanyak 95,972 pembatalan bilik telah dilakukan dan mengakibatkan kerugian lebih daripada RM40 juta. Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dalam satu kenyataan semalam.

Difahamkan pihak Persatuan Hotel Malaysia akan bermesyuarat bersama Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mencari jalan penyelesaian untuk membantu mengurangkan kerugian dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan negara.

Pastinya penularan wabak seperti ini adalah satu perkara yang diluar jangkaan dan perancangan strategik lain diperlukan untuk pastikan kerugian tidak lagi bertambah.

Mungkin ini masanya untuk rakyat Malaysia melancong dalam Malaysia untuk membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Apa kata anda klik pautan di bawah untuk ketahui cara dapatkan harga hotel dengan murah.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC