Sekiranya awal tahun ini kehadiran wabak COVID-19 sudah cukup membuatkan orang ramai terbunuh serta menjadi mangsa, kini selang beberapa bulan timbul pula sebuah virus baharu yang dikatakan lebih bahaya daripada COVID-19 sekali lagi dari China.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan Kedutaan Besar China di Kazakhstan, penularan virus baharu ini telah bakal memberi kesan kepada radang paru-paru mangsa sekaligus meningkatkan jumlah pesakit penumonia di kawasan sekitar tanpa sedar. Apa yang lebih merisaukan orang ramai, angka kematian daripada virus ini dilaporkan lebih tinggi daripada wabak COVID-19.

1204807024.jpg.0
Sumber: VOX

Berdasarkan penularan virus baharu yang dikenali, pihak jabatan kesihatan di Kazakhstan sedang berusaha keras dalam membuat kajian mengenai virus ini namun masih belum dapat mengenal pasti secara terperinci.

Setakat Jun sahaja, negara itu telah menyaksikan 1,772 kematian berikutan masalah melibatkan radang paru-paru sepanjang enam bulan pertama tahun ini dimana separuh daripadanya berlaku pada bulan Jun sekaligus menunjukkan peningkatan penyakit radang paru-paru disebabkan kehadiran virus ini.

h_55262662-1
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev

Berdasarkan isu yang berlaku, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menasihatkan orang ramai di kawasan sekitar untuk berhati-hati bagi mengelakkan daripada penularan wabak terbaru ini.

Penafian: Menerusi maklum balas daripada pihak pihak Kedutaan Kazakhstan di Malaysia, pihak mereka menafikan penularan wabak baharu yang dilaporkan lebih bahaya daripada COVID-19 di negara mereka.

Pada minggu lalu, China turut menggemparkan dunia apabila mengumumkan kehadiran wabak selsema babi jenis baharu yang berpotensi menjadi pandemik. Pihak WHO pula turut memaklumkan trend wabak COVID-19 masih belum memuncak setakat ini.

G4 Dikesan Di China, Wabak Selsema Babi Jenis Baru Yang Berpotensi Jadi Pandemik

WHO Umumkan Trend Wabak COVID-19 Masih Belum Memuncak

Sumber